Thursday, April 2, 2009

Hello SPRM, : Salah Guna Seri Perdana dan Transaksi Berpuluh Ribu

Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lalu menyaksikan kemenangan mengejut En. Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar dengan jumlah 304 undi meninggalkan pencabarnya Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (254) dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir (232).

Tiada manusia yang waras dan sihat akal fikir politiknya akan percaya bahawa Khairy Jamaluddin akan menang pertandingan ini.

Tidak mungkin ada akar umbi UMNO kecuali 304 orang ini yang percaya bahawa Khairy boleh membantu mengukuhkan UMNO. Malah di kalangan 304 orang ini pun sebahagian mereka tidak mahu Khairy Jamaluddin (KJ) menang tetapi hanya mengundi kerana faktor tertentu dan berasaskan andaian undi mereka tidak akan cukup untuk memenangkan KJ.

Faktor apakah yang menyebabkan sebahagian daripada 304 orang ini memilih untuk mengundi KJ walaupun tahu anak muda ini merupakan labialiti kepada UMNO dan ancaman kepada agama, bangsa dan negara?Antara faktor utama pastinya lawatan mereka ini ke Seri Perdana, Putrajaya pada 22 dan 23 Mac lalu ketika tuan punya "istana" berada di Kuwait.

Siapakah yang membawa perwakilan Pemuda UMNO dari Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan ke Seri Perdana ketika YAB Perdana Menteri tiada di rumah? Tidak lain dan tidak bukan ia dianjurkan oleh calon Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Khairy Jamaluddin.

Apakah tindakan Khairy membawa para perwakilan Pemuda UMNO ke rumah bapa mertuanya yang juga merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri bukan satu kesalahan dan berbentuk salah guna kuasa?Lebih mengejutkan ialah apa yang terjadi di Seri Perdana tersebut.

Selain berkempen termasuk merayu supaya diberi undi kepadanya demi menjaga air muka Pak Lah yang akan bersara, duit minyak juga berlegar antara RM 2 ribu hingga RM 4 ribu seorang bergantung kepada tahap kesetiaan.

Beranikah SPRM dan jawatankuasa disiplin menyiasat kekayaan melimpah ruah Naib Ketua Pemuda UMNO Kulim Bandar Baru, Sdr. Nor Azam Abd Ghazali.

Boleh juga ditanya kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Baling, Hasri Haji Abu Hassan yang khabarnya mendapat RM 10 ribu semasa berada di Seri Perdana pada 22 Mac lalu.

Turut mendapat habuan di Seri Perdana semasa lawatan Perwakilan kedah 22 Mac lalu ialah Ketua Pemuda Sungai Petani, Mohad Khairul Azhar bin Abdullah, Perwakilan G2 Sungai Petani bernama Ahmad Tarmizi Musa dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pendang, Mohd Noor Azam Ismail.

Selain itu, Perwakilan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang turut dijemput secara berperingkat ke Seri Perdana termasuklah perwakilan G2 Bukit Bintang, Shahrul Anuar Idris dan Kamarulzaman Shariff, perwakilan G2 Bandar Tun Razak, Ahmad Aznam Ahmad Nordin dan Mohd Zulfakar Mohd Nor.

Selain rasuah yang sukar dibuktikan, Apakah menyalahgunakan kediaman YAB Perdana Menteri untuk berkempen bukan satu kesalahan serius?

SPRM dan badan Disiplin UMNO juga perlu melihat transaksi bank para perwakilan Pemuda UMNO yang ada antara mereka mencecah puluhan ribu dimasukkan dalam akaun sendiri, isteri atau anak mereka.Periksalah transaksi akaun Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Parit yang juga merupakan pewakilan G2, Abdul Razak Haji Ahsan.Tidaklah perlu lagi SPRM membuang masa menyiasat sebahagian perwakilan Sabah dan Kedah yang malam itu bukan sahaja dihujani wang ringgit dan telefon, malah juga perempuan dan arak.

Kepimpinnan apa yang KhairyJamaluddin mahu bawa ke dalam Pemuda UMNO?

Di manakah SPRM dan Badan Disiplin pada malam sebelum pengundian sedangkan di Hotel Chorus, KL sudah menjadi pesta membeli undi orang?

Bukti sudah diberi, beranikah kita berkata benar membetulkan UMNO dari luar setelah perwakilan UMNO sendiri gagal melakukannya?

6 comments:

  1. Assalamualiaikum, jgn padan kome ini jika benar telus, wak mmag tak berapa minat dgn KJ sebab wak tak kenal beliau dan mcm mcm wak dgr pasal dia. Wak sebenarnya tak suka sesiapa pun calon pemuda cuma condong sikit kpd Mukhriz, wak bukan boleh mengundi pun.tapi dlm hal sebegini wak mhu juga menggunakan lojik akal dan setelah wak baca tulisan ini , lantas wak kata adalah tidak tepat blog ini dinamakan saveumno , ini sebenar lebih kepada kill UMNO.Blogspot.com. YG dah menang dlm oertandingan menang lah , apa lai yg mahu dikatakan jika mahu save UMNO. Pikirlah dari segi lojik ,mana da org berani nak bagi duit ka Seri Perdana, terutama ank menantu PM. hanya org bodoh saja yg akan bagi duit kpe 304 org dlm SPRM sdg menganas mencari mangsa. Sama mcm tak pyh bertanding lah. mmg ada pemuda yg buat lawatan ke Seri Perdana , sebagai Nai ketua pemuda UMNO x salah jika ketua pemuda UMNO dtg membuat awatan ke penginapan beliau, tapi utk memerikan wang rasanya satusatunya perkara yg boodh sesrang calon maulakukan , Wak dgr mcm-mcm cerita , ada yg kata rm50 ribu , ada yg kata RM 100 ribu , kenapa tak kata RM 1juta.Gentelman lah bro, bertanding sudah , bertanding secara gentlman , bila menang sudah , tak puas hati, kalau Mukhriz menang malam itu tentu tidak akan timbul perkara ini, kalau mhu menang saja dlm pertandingan tak payah bertanding lah, Untuk pengetahua penulis ini, Mukhriz kasi duit , KT kasi duit, jgn mahu tipu lah yg menerima nya banyak , tak ada teloq kahang pa , bila kala saja mahu cakap org ni kasi rasuah. yg tak boleh percaya KJ menang hanya puak -puak hangpa saja, puak - puak sore looser, wak tahu KJ jua banyak penyokong tapi tidak lah jenis jenis mcm hangoa yg memalukan. Khir Toya memengnya wak tak suka , tapi wak respek penyokon mereka, KJ juga wak tak suka tapi wak respek penyoong mereka, bkn mcm Mukhriz yg wak suka tapi tak respek penyokong mereka. terima lah hakikat , Mukhriz kita kalah ,kala ngan Khir toyo , kalah ngan KJ yang wak snediri tak suka, tapi wak tak suka jadi bacul

    ReplyDelete
  2. Tidak mungkin ada akar umbi UMNO kecuali 304 orang ini yang percaya bahawa Khairy boleh membantu mengukuhkan UMNO. Malah di kalangan 304 orang ini pun sebahagian mereka tidak mahu Khairy Jamaluddin (KJ) menang tetapi hanya mengundi kerana faktor tertentu dan berasaskan andaian undi mereka tidak akan cukup untuk memenangkan KJ.

    ITU KATA ORG YANG BACUL YG TAK SUKA KAN KJ , TAPI HAKIKATNYA KJ MENANG , ADLH YG SOKONG. WAK MARAH NGAN KHIR TOYO, JIKA KHIR TOYO TRAIK DIRI PASTI MUKHRIZ AKAN MENANG, WAK MALU KERNA MUKHRIZ KALAH, WAK JUGA FANATIK MUKHRIZ SBLM WAK TGK NETAPA BACULNYA PENYOKON MUKHIZ YG HERDIK UMNO YG HIUNA UMNO SBB MUKHRIZ KALAH, WK TGK MRK INI MCM SYIATN YG TIDAK BERPELAJARAN YG MAHU BAGI UMNO HANCUR, WAK BUKN AHLI UMNO TAP WAK SUKA UMNO. WAK IKUT SEMUA PERKEMBANGAN UMNO, DULU WAK SEMEMENGNYA SAYANG KAN TUN DAN MUKHRIZ, HARI INI TELA MEMBUAT WAK INSAF , WAK SADAR BAHAWA KELUARGA TUN DAN MUKHRIZ PUNYA HATI KOIDU, HATI IBLIS YG MAHU MENGHANCURKAN UMNO, SERULAH AGAR SPRM SIASAT MUKHRIZ JUGA, PASTI TERGOLEK DOG MUKHRIZ NI, INGAT LAH SAUDARA, INI PERTANDINGAN ADIK BERADIK, JIKA BUKAN KJ MENANG, WAK SUDHA DAPAT TERIMA HAKIKAT , WALAUPUN WAK TIDAK SUKA KT , HAKIKATNYA KHIR TOYO INI LEBIH BAIK DARI MUKHRIZ,

    ReplyDelete
  3. Rumah sudah siap tapi pahat berbunyi lagi , malu nya UMNO , malunya bangsa melayu , lagi baik jadi mcm wak.......... kalau takut kalah jgn bertanding lah ,,,,,,,, ini kerja melayu tak ada telur saja , lagi bai kasi sama anjing iyu telur , sbb kalau takut dilanda ombak jgan berunah ditepian pantai , kalau takut kalah jangan bertanding,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  4. Faktor apakah yang menyebabkan sebahagian daripada 304 orang ini memilih untuk mengundi KJ walaupun tahu anak muda ini merupakan labialiti kepada UMNO dan ancaman kepada agama, bangsa dan negara?Antara faktor utama pastinya lawatan mereka ini ke Seri Perdana, Putrajaya pada 22 dan 23 Mac lalu ketika tuan punya "istana" berada di Kuwait.

    seba tuan punya istana berada di kuwait klah ank menantu jaga istana,,,,,,,,,, itu istana bapa mentuanya ,,,,,, apa ada hal.

    ReplyDelete
  5. Sibuklah kamu wak.

    Dengan Wak Khir kau ngerjaninya. Korek hodung pun kau kata air sembahyang dia tak sah.

    Bila KJ, kasi rasuah pun kau nak suruh tutup buku.

    ReplyDelete
  6. STEADYLAH WAK. PERJUANGANMU BELUM SELESAI

    ReplyDelete