Pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lalu menyaksikan kemenangan mengejut En. Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar dengan jumlah 304 undi meninggalkan pencabarnya Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo (254) dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir (232).
Tiada manusia yang waras dan sihat akal fikir politiknya akan percaya bahawa Khairy Jamaluddin akan menang pertandingan ini.
Tidak mungkin ada akar umbi UMNO kecuali 304 orang ini yang percaya bahawa Khairy boleh membantu mengukuhkan UMNO. Malah di kalangan 304 orang ini pun sebahagian mereka tidak mahu Khairy Jamaluddin (KJ) menang tetapi hanya mengundi kerana faktor tertentu dan berasaskan andaian undi mereka tidak akan cukup untuk memenangkan KJ.
Faktor apakah yang menyebabkan sebahagian daripada 304 orang ini memilih untuk mengundi KJ walaupun tahu anak muda ini merupakan labialiti kepada UMNO dan ancaman kepada agama, bangsa dan negara?Antara faktor utama pastinya lawatan mereka ini ke Seri Perdana, Putrajaya pada 22 dan 23 Mac lalu ketika tuan punya "istana" berada di Kuwait.
Siapakah yang membawa perwakilan Pemuda UMNO dari Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan ke Seri Perdana ketika YAB Perdana Menteri tiada di rumah? Tidak lain dan tidak bukan ia dianjurkan oleh calon Ketua Pemuda UMNO ketika itu, Khairy Jamaluddin.
Apakah tindakan Khairy membawa para perwakilan Pemuda UMNO ke rumah bapa mertuanya yang juga merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri bukan satu kesalahan dan berbentuk salah guna kuasa?Lebih mengejutkan ialah apa yang terjadi di Seri Perdana tersebut.
Selain berkempen termasuk merayu supaya diberi undi kepadanya demi menjaga air muka Pak Lah yang akan bersara, duit minyak juga berlegar antara RM 2 ribu hingga RM 4 ribu seorang bergantung kepada tahap kesetiaan.
Beranikah SPRM dan jawatankuasa disiplin menyiasat kekayaan melimpah ruah Naib Ketua Pemuda UMNO Kulim Bandar Baru, Sdr. Nor Azam Abd Ghazali.
Boleh juga ditanya kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Baling, Hasri Haji Abu Hassan yang khabarnya mendapat RM 10 ribu semasa berada di Seri Perdana pada 22 Mac lalu.
Turut mendapat habuan di Seri Perdana semasa lawatan Perwakilan kedah 22 Mac lalu ialah Ketua Pemuda Sungai Petani, Mohad Khairul Azhar bin Abdullah, Perwakilan G2 Sungai Petani bernama Ahmad Tarmizi Musa dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pendang, Mohd Noor Azam Ismail.
Selain itu, Perwakilan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang turut dijemput secara berperingkat ke Seri Perdana termasuklah perwakilan G2 Bukit Bintang, Shahrul Anuar Idris dan Kamarulzaman Shariff, perwakilan G2 Bandar Tun Razak, Ahmad Aznam Ahmad Nordin dan Mohd Zulfakar Mohd Nor.
Selain rasuah yang sukar dibuktikan, Apakah menyalahgunakan kediaman YAB Perdana Menteri untuk berkempen bukan satu kesalahan serius?
SPRM dan badan Disiplin UMNO juga perlu melihat transaksi bank para perwakilan Pemuda UMNO yang ada antara mereka mencecah puluhan ribu dimasukkan dalam akaun sendiri, isteri atau anak mereka.Periksalah transaksi akaun Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Parit yang juga merupakan pewakilan G2, Abdul Razak Haji Ahsan.Tidaklah perlu lagi SPRM membuang masa menyiasat sebahagian perwakilan Sabah dan Kedah yang malam itu bukan sahaja dihujani wang ringgit dan telefon, malah juga perempuan dan arak.
Kepimpinnan apa yang KhairyJamaluddin mahu bawa ke dalam Pemuda UMNO?
Di manakah SPRM dan Badan Disiplin pada malam sebelum pengundian sedangkan di Hotel Chorus, KL sudah menjadi pesta membeli undi orang?
Bukti sudah diberi, beranikah kita berkata benar membetulkan UMNO dari luar setelah perwakilan UMNO sendiri gagal melakukannya?